SELAMAT DATANG KE PROJEK TANAMAN PISANG EN KEBIL ANAK BAKAL.
Projek Tanaman Pisang En.Kebil Anak Bakal mula diusahakan pada tahun 2013 dengan keluasan 0.5 hektar dengan tanaman kira-kira 200 pokok pelbagai pisang. Lokasi kebun pisang itu terletak pada 0.5km Jalan Pertanian Paya Bukit Saraong, Kampong Pangkalan Gurah, Limbang, Sarawak. Selepas 6 bulan penanaman maka pokok pisang mula mengeluarkan hasil dalam lingkungan 20 - 40 kg seminggu.
Pada tahun 2014 kebun ini telah diperluaskan dengan Projek Fasa 1 dengan keluasan 1 hektar. Hasil tuaian selepas keluasan itu meningkat sehingga 50 - 80 kg seminggu buah pisang mentah dan masak.
Kebun ini sekali lagi diperluaskan dengan Projek Fasa 2 dengan keluasan 1 hektar lagi pada awal tahun 2017 dan kini mula mengeluarkan produk buah pisang mencecah 150 - 200 kg seminggu.

Jenis pisang yang banyak ditanam adalah Pisang Hotel. Selain itu ada juga jenis pisang lain seperti:
- Pisang Berangan
- Pisang Raja
- Pisang Keling
- Tanduk
- Kapas
Pemilik kebun ini memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam memasarkan produk pada setakat ini hanya menjual buah pisang mentah dan masak yang berkualiti, selamat dimakan dan mampu memenuhi permintaan domestik dan luar negara seperti Brunei Darussalam.
Dalam perancangan jangka panjang maka pemilik kebun akan merancang untuk mencapai keluasan kebun tanaman pisang sehingga 5 hektar serta cuba mengeluarkan produk sampingan buah pisang seperti kerepek, membekalkan anak pisang serta daunnya kepada pemborong dan pelanggan.